Posts

AKTIVITI SEMPENA CUTI SEKOLAH MARCH

Image
Hai adik-adik... Cuti sekolah ada pergi mana-mana tak??  Ajaklah ibubapa datang ke sini meriahkan aktiviti yang ada.  ::Tahukah anda?Sempena dengan cuti sekolah ini Laman Ilmu Komuniti Kampung Bongkok akan mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang cuti persekolahan ini.
Image
Ayuh datang beramai-ramai memeriahkan PROGRAM JOM PI PERPUSTAKAAN... Pelbagai aktiviti turut disediakan bermula jam 9 pagi hingga jam 6 petang. Temu janji kita pada 12 November 2016. Jangan lupa yerr....
Image
World #QuranHour yang julung kali diadakan pada tahun ini, adalah acara kemuncak penyatuan hati seluruh ummah dengan al-Quran di seluruh dunia dengan iltizam melakukan kebaikan berlandaskan ajaran al-Quran.  Setelah berinteraksi dan memahami al-Quran, manifestasinya adalah keikhlasan dalam bentuk tindakan, dan fokus melakukan perbaikan yang mampu kita lakukan sebagai hamba dan khalifah Allah di dunia. Sempena perjumpaan terbesar umat Islam di hari Arafah, pada 9 Zulhijjah, kita ingin bersatu hati, mengajak diri kita, keluarga, kakitangan dan ummah seluruhnya untuk menghidupkan al-Quran dalam kerja dan tindak tanduk, mengeluarkan nilai dari al-Quran dan potensi diri menjadi realiti.
Image
Aktiviti ini merupakan aktiviti Mingguan Kanak-kanak diPerpustakaan Desa Kampung Bongkok pada 12 Ogos 2016. Aktiviti ini diadakan sempena menyambut Hari Kebangsaan pada tahun ini. Seramai 11 orang kanak-kanak telah menyertai aktiviti ini. Mereka diberikan masa selama satu jam untuk menyiapkan tugasan aktiviti yang diberi. Segala peralatan seperti gunting,getah,gam, kertas,pensel warna dan pensel disediakan oleh petugas perpustakaan.  Semasa aktiviti ini dijalankan mereka telah diberikan

Latar Belakang Perpustakaan Kampung Bongkok

Image
Image
Setiap tahun negara kita akan mengadakan sambutan hari kemerdekaan negara bagi mengingati detik bersejarah yang amat berharga kepada semua rakyat Malaysia. Pada tahun ini iaitu tahun 2016 . Sambutan tersebut diadakan pada tarikh 31 Ogos, bersempena hari kemerdekaan negara. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk menanam perasaan cinta rakyat Malaysia terhadap Negara. Kemerdekaan daripada penjajahan bukanlah sesuatu yang mudah kerana ramai pahlawan terpaksa berkorban harta dan nyawa bagi memastikan negara terlepas daripada belengu penjajahan yang menyeksakan. Oleh itu sewajarnyalah kita berganding bahu agar negara kita terus maju, aman dan harmoni.    Pada Tahun ini juga, Perpustakaan Desa Kampung Bongkok akan mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan dan pelbagai aktiviti Kanak-Kanak dan Belia turut diadakan. Tunggu apa lagi?? Datang lah kesini ! Pelbagai hadiah yang menarik  menanti anda.

Maklumat Ringkas

Image
Perpustakaan Desa Kampung Bongkok dibuka kepada umum pada bulan Julai 2007 dibina di atas tanah wakaf yang sebelum itu merupakan tapak masjid Kg. Bongkok.Perpustakaan ini berperanan sebagai gedung ilmu dalam pencarian maklumat dan bahan bacaan kepada masyarakat setempat. Kedudukan perpustakaan ini adalah strategik memandangkan ianya berdekatan dengan sekolah,balai raya,tadika Kemas dan tidak begitu jauh dari kawasan perumahan juga rumah penduduk kampung serta terletak di tepi jalan utama kampung. Perpustakaan Desa Kg Bongkok telah dirasmikan pada 16 April 2011 oleh DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis. Perasmian Perpustakaan Desa ini adalah serentak diseluruh Perlis. Perpustakan Desa Kg Bongkok juga merupakan Perpustakaan Digital yang telah dirasmikan pada 17 Jun 2013 oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis. Perpustakaan Desa Kg Bongkok menyediakan perkhidmatan pinjaman, pemulangan, rujukan dan kemudahan internet iait